Sebuah Harapan Haji Mabrur

Pakej Haji Dan Umrah

Pengertian Ibadah Haji Mabrur

Secara bahasa, “haji mabrur” bermaksud “haji yang baik”. Mabrur berasal dari kata “al-birru” yang maksudnya “kebaikan”. Dalam Kitab Lisan al-Arab, “mabrur” bermaksud baik, suci, dan bersih dan juga bermaksud Maqbul atau diterima.

Golongan umat Islam

Semua umat Islam mengakui tentang kewajipan Ibadah Haji yang difardhukan, jika ada umat Islam yang mengingkari kefardhuannya maka kufurlah ia. Walau bagaimana pun, apabila dikaitkan dengan ibadah haji ini umat Islam dibahagikan kepada beberapa golongan :

  1. Golongan yang sangat berkemampuan. Mereka telah mengerjakan ibadah Haji beberapa kali dan berkemampuan untuk mengerjakannya beberapa kali lagi jika mereka mahu.
  2. Golongan yang hanya berkemampuan untuk menunaikan ibadah Haji walaupun sekali sahaja dalam hidupnya tetapi tidak berhutang, samada telah dikerjakan atau akan dikerjakan
  3. Golongan yang mempunyai cita-cita dan keingingan sangat tinggi untuk menunaikan ibadah haji tetapi langsung tidak berkemampuan
  4. Golongan yang berkemampuan dari segi perbelanjaan dan seumpamanya tetapi belum lagi mengerjakan ibadat Haji dan tidak pernah terlintas untuk mengerjakannya walaupun telah berkesempatan pergi ke tempat-tempat lain yang lebih jauh daripada itu. Golongan inilah yang dibimbangi akan mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani.

Boleh dapatkan Pakej Haji Dan Umrah yg berpatutan dan bersesuaian di Al Hadif.

Peringkat Ibadah Haji:

  1. Haji Mardud – Haji yang tidak diterima olah Allah SWT kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab yang lain menyebabkan hajinya tidak diterima oleh Allah SWT
  2. Haji Maqbul – Haji yang sah dan diterima oleh Allah SWT. Orang yang mengerjakan Haji Maqbul ini dianggap sebagai telah menunaikan perintah Allah dan telah menyempurnakan Rukun Islam yang ke 5 tanpa diberi ganjaran pahala.
  3. Haji Makhsus – Ibadah haji yang dikerjakan oleh orang-orang yang tertentu yang menyempurnakan segala syarat dan rukun haji, ia bukan sahaja dianggap sah dan diterima oleh Allah SWT tetapi akan diampunkan segala dosanya.
  4. Haji Mabrur – Tingkatan haji yang paling tinggi dan istimewa, tidak semua orang boleh mendapatkannya. Haji ini bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan kewajipan, tetapi akan diampunkan segala dosanya, ia juga akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.

Ciri – Ciri Haji Mabrur

  1. Niat untuk menunaikan haji haruslah bersih, ikhlas dan tulus bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah SWT seperti perasaan riak iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah SWT.
  2. Segala perbelanjaan (harta) haji adalah berpunca dengan biaya dari nafkhah dan usaha yang halal.
  3. Hendaklah melakukan ibadah haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih. Bermula dengan niat sehinggalah Haji Wada’ telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW di dalam Sunnahnya
  4. Tidak melakukan maksiat selama ihram. Maksiat dilarang dalam agama kita dalam semua keadaan. Semasa di dalam Ihram, banyak pantang larang telah disenaraikan, larangan tersebut menjadi lebih tegas, dan jika dilanggar, maka haji mabrur yang diidamkan akan lepas begitu sahaja. Di antara yang dilarang semasa mengerjakan haji adalah Rafaths, Fusuq dan Jidal. Rafaths (jimak) adalah semua bentuk kekejian dan perkara yang tidak berguna. Termasuklah di dalamnya bersetubuh, bercumbu atau membicarakannya, meskipun dengan pasangan sendiri selama ihram. Perlakuan Fusuq (dosa) adalah keluar dari ketaatan kepada Allah, apapun bentuknya. Jidal adalah berbantah-bantahan secara berlebihan. Ketiga-tiga hal ini adalah dilarang semasa di dalam ihram. Mahupun di luar waktu ihram, bersetubuh bersama isteri adalah dibolehkan, sedangkan larangan yang lain tetap tidak boleh. Demikian juga, orang yang ingin hajinya mabrur harus meninggalkan semua bentuk dosa selama perjalanan ibadah haji. Dapatkan Pakej Haji di Al Hadif

 

Sponsored by:
Instagram: Al Hadif

7 Petua Sebelum Mengerjakan Ibadah Umrah

Persediaan Diri Sebelum Ibadah Umrah

 

1.Perbaiki Diri Kita

Perbaiki diri kita supaya rajin mendekati masjid atau surau ditempat kita tinggal. Pergi ke majlis-majlis ilmu di supaya dapat kita lembutkan hati kita dengan ilmu-ilmu yang akan di sampaikan.

2.Solat Sunat

Perbanyakkan solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tahajud. Ia nya adalah bertujuan untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lalu yang telah banyak kita lakukan. Dengan solat sunat juga dapat membantu kita bermunajat kepadaNya dan memohon keampunan dan taubat diatas dosa-dosa kita yang lalu dan berdoa Allah mengampuni kita. Juga ia adalah tempat kita memohon perlindungan agar dipermudahkan sepanjang perjalanan menunaikan ibadah umrah serta memohon keselamatan kepada ahli keluarga yang bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan menunaikan ibadah umrah.

3.Membaca Al Quran

Perbanyakkan membaca Al Quran di mana juga kita berada. Tidak semestinya hanya di rumah. Selain daripada pahala yang kita perolehi dari membaca Al Quran, ia amat bermanfaat kepada kita kerana apabila kita berada ditanah suci selain dari ibadah umrah, pembacaan Al Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatam Al Quran dalam masa ibadah itu ianya adalah akan menjadi satu kebaikan kepada diri kita.

4.Berzikir

Biasa kan basahkan bibir kita dengan berzikir. Tidak kira di mana kita berada, sama ada di rumah, tempat kerja mahupun semasa sedang beriadah. Amalan berzikir ini akan buat kita tenang dan dekat dengan Allah SWT. Kita akan terbiasa dan sepanjang perjalanan kita akan berzikir.

5.Doa

Perbanyakkan doa kepada Allah SWT. Mohon kepada Allah di lembutkan hati supaya dapat menjalankan ibadah seharian dengan lebih kusyuk dan tawaduk. Belajar juga doa-doa untuk dibawa dan dibaca di Tanah Suci nanti.

6.Bacalah buku berkaitan Ibadah Umrah, Mekah dan Madinah

Pembacaan ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut. Ia nya amat digalakkan untuk kita memahami segala Rukun, larangan dan tertib. Serta boleh dapatkan maklumat tentang Pakej Haji dan Umrah di www.alhadif.com . Sekiranya kita membaca segala maklumat tentang umrah sebelum pergi, maka mudahlah perjalanan kita di sana nanti, Inshaa Allah. Dapatkan juga maklumat lengkap mengenai Pakej Umrah serta Rukun Umrah di Al hadif.

7.Latih Diri Dari Segi Fizikal

Latihan fizikal adalah untuk memastikan diri kita mempunyai kekuatan fizikal yang secukup nya. Terutamanya bagi warga tua, haruslah mempunyai fizikal yang cukup kuat bagi mengerjakan ibadah umrah. Contoh nya seperti berjalan kaki sejauh purata 4 – 5 km, 3 kali seminggu adalah persediaan yang terbaik untuk membiasakan diri kita yang sememangnya akan menggunakan tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid, melakukan Tawaf serta Sa’ie (Sa’ie dari Safa ke Marwah adalah lebih kurang 420meter dan yang mengerjakan Sa’ie akan berulang alik sejauh 2, 940 meter bersamaan lebih kurang 3 km). Ingatlah latihan ini adalah usaha kita kerana yang menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah dariNya. Latihan ini seelok-elok nya dilakukan 2 bulan atau sebulan lagi sebelum perjalanan kita ke sana.

 

Pakej Haji Dan Umrah

 

Sponsored by:
Instagram: Al Hadif

6 Petua Ibadah Umrah Bersama Anak

Ibadah Umrah Bersama Kanak-Kanak

 

Pakej Haji dan Umrah

1.Rancang Perjalanan (Itinerary)

Dapatkan maklumat tentang perjalanan daripada Travel Agensi mengikut Pakej Haji Dan Umrah yang ditetapkan. Boleh buat kajian awal pasal tempat yang bakal kita lawati dan kunjungi tu sama ada sesuai atau tidak untuk bawak anak-anak kecik. Pilih Hotel yang berdekatan dengan tempat beribadah bagi memudahkan kita untuk ulang-alik. Juga pastikan kenderaan yang bersesuaian untuk kita dan anak anak.

2.Pilih tarikh yang sesuai

Pergi semasa musim tidak terlampau sejuk atau panas. Iaitu, dalam bulan November – Februari. Ia nya amatlah penting untuk memastikan keadaan dan cuaca kita kita mengerjakan Ibadah Umrah bersama anak-anak kerana perubahan cuaca yang agak mendadak disana akan menyebabkan badan kita lemah kerana badan tidak biasa dengan suasana dan cuaca di sana.

3.Beribadah bersama anak

Gunakan peluang disana untuk mendidik dan mengajar anak-anak kita tentang amalan ibadah dan amalan agama dengan lebih mendalam. Tunjukkan juga kepada mereka tempat-tempat suci serta sejarah dan mengenali tempat suci tersebut. Di masa ini juga kita dapat memupuk minat anak-anak untuk beribadah dengan lebih kusyuk dan tawaduk

4.Aktiviti bersama anak

Selain dari mengerjakan ibadah mengikut Pakej Umrah yang telah ditetapkan untuk kita di sana, kita juga harus mengikuti segala aktiviti yang terdapat di sana disamping memberi peluang anak-anak belajar dan mengenali dengan lebih dalam mengenai Islam.

5.Keperluan “Travel Kit” anak-anak kecil

Keperluan anak ialah keperluan yang wajib untuk anda yang bawa anak-anak mengerjakan umrah. Barang-barang seperti stroller, bagasi kanak-kanak dengan kerusi dan Soft-structured carrier (SSC) amat bersesuaian untuk sesiapa yang membawa anak-anak kecil bersama.

6.Ubat-ubatan

Pastikan kesihatan badan kita dan anak-anak berada dalam keadaan yang baik. Jalani pemeriksaan tubuh badan sebelum memulakan perjalanan. Ini kerana cuaca di sana amat lah berbeza dengan Negara kita. Di Mekah dan Madinah ubat-ubatan adalah terlalu mahal. Ia nya amatlah baik jika kita bersedia dari awal. Aid kit juga boleh di bawa sebagai persediaan seperti face mask, vicks, koolfever, minyak gamat, handyplaster, thermometer dan sapu tangan kecik buat persediaan untuk tuam badan kalau anak demam. Keperluan ubat-ubatan ini adalah boleh dikategorikan sebagai keperluan wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin mengerjakan Ibadah Umrah

 

Sponsored by:
Instagram: Al Hadif